CONTINUE YOUR SEARCH HERE

Continue Your Search Here!!!

CLICKS TO SUPPORT

Tuesday, July 14, 2009

Supplements for Diabetes Patients After Foot Operation

After major operation losing of 3 foot phalarges and a lot of skin and flesh my dad undergoing restricted diet for only certain kind of food; one particularly to control its sugar level and prevented from food that could give complication to new wound.. Shrimps and prawn is out of question, certain itchy fish, even chicken for fear of over creation of puss.. so basically its diet is a lot of sea cucumber soup, snakehead fish, salted fish and rice.. Dr advise to take a lot of vegetable.. but it is hard for your appetite to take a lot of vege daily... so I give dad B'young - a supplement consist of variety of vegetable, fruit and cereal... it realy give positive and fast healing process.. In 2 months flesh has grown over all exposed bone. even drs quite in disbelief.. on top of that my bro buy 4life product.. 4plus and glucoach

Related articles

Medicine pills for diabetes

googledc74665431710723.html

googledc74665431710723.html

Saturday, July 11, 2009

Useful diabetes websites

Your resources of what you need to know about diabetes.. visit this website

http://www.diabetes.com/
http://www.diabetes.com.my/
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/DiabetesMellitus.php
http://diabetes.about.com/
http://www.nadidiabetes.com.my/

Related Articles
Supplement untuk pesakit diabetes / kencing manis

managing diabetes

Managing DiabetesLong-Term
Type 2 diabetes is a chronic disease, which means that you have it for life. Although there’s no cure, you and your doctor can work together to control your blood sugar, which can help reduce your risk for type 2 diabetes complications.
Managing type 2 diabetes over months and years can mean making changes in your treatment plan. Diet and physical activity may control your blood sugar at first, but you may need to take medicine down the road. Over time, may need to change medicines, or add medicines, to keep your blood sugar under control. You may even need to use insulin.

Remember, you play a major role in controlling your blood sugar and helping to prevent complications. With time, the lifestyle changes and treatments your doctor suggests can become a regular part of your routine.
Support from family, friends and your healthcare team can help you deal with diabetes long-term.

Related articles

Supplement suitable for diabetes patient

2 bulan Selepas Pembedahan Kaki Diabetes

Aku balik kg weekend 4 july hari tu tambah plak cuti rehat hari isnin boleh duk lama sikit tambahan pula tengah musim buah.. 7hb july genap la 2 bulan kaki ayah kena operate. Alhamdulillah pertumbuhan semula daging ayah cepat. level daging sudah hampir sama rata dan banyak yang telah jadi berkulit. Bahagian tidak berkulit makin mengecil. Cuma sedikit tulang sendi yg masih nampak ada lebih kurang setengah duit 5 sen... insyallah dalam masa terdekat semua akan ditutupi daging.. bahagian bawah kaki pula semua bahagian luka telah sembuh.. satu yg dibimbangi daging yang tumbuh masih teramat baru dan salur darah dan struktur tentulah masih amat lemah dan sensitif, jadi ia perlu dijaga jangan sampai terlanggar atau luka apatah lagi teringin nak buat kerja berat.. mak citer ayah buat hal mungkin boring sangat kot ada ke dia turun ke laman rumah & ambik beruk turunkan buah kelapa... malamnya sakitlah kaki tuu ...

Related articles
Links berkenaan / bermanafaat berkenaan diabetes / kencing manis
Managing Diabetes

klinik Kencing Manis /Diabetes di Kuala Terengganu

Masa jumpa dgn Sohok ari tu dia, sambil sembang pasal unit trust public bank dia ada citer pasal mak mertua yang sakit kaki diabetes. Katanya kaki hingga dah berlubang tapi boleh pulih setelah menjalani rawatan di sebuah klinik di bangunan berhadapan Masjid Terapung. Saya akan update kemudian nama klinik tersebut. Katanya klinik tersebut sememangnya specialize penyakit kencing manis/ diabetes. Ipar sohok ada yang jadi nurse so memang sedarlah kalu rawatan di hospital kaki tu memang pasti akan diarah untuk potong.. mungkin kaki anda, mak anda, sedara atau kenalan anda boleh selamat disini.

Related articles

Log pesakit diabetes / kencing manis

Ubat dan Penawar diabetes Air Rebusan daun Kemunting & Daun Jambu

Buah jambu batu memang dikatakan elok untuk pesakit kencing manis malah disyorkan dan diakui oleh doktor perubatan. Buahnya boleh dimakan, daun jambu batu pula boleh direbus untuk dijadikan ubat. Daun Kemunting pula sememangnya banyak khasiat. Masalahnya pokok kemunting yang tumbuh secara liar sukar diperolehi melainkan anda rajin meredah belukar. Pokok kemunting banyak tumbuh meliar di kawasan hutan belukar dan tanah kering. Daun Kemunting, Daun Jambu batu dan buah pinang yang dipotong bolehlah direbus sekali dan airnya boleh dijadikan penawar kencing manis / diabetes.

Related articles

klinik pakar diabetes di Kuala Terengganu
klinik pakar diabetes di Kota Bharu

Tuesday, June 16, 2009

http://www.care4udm.com KLINIK PAKAR KENCING MANIS DIABETES

Klinik khas untuk pesakit kencing manis ini terletak di kawasan Chica Kota Bharu, Kelantan. Jika anda dari Bandar Pasir Puteh, klinik ini terletak di sebelah kiri jalan. Melalui jalan Pasir Puteh- Kota Bharu selepas simpang 4 pasir tumbuh iaitu berhampiran MRSM pasir tumbuh, anda akan melalui jambatan pasir tumbuh, Klinik Ziad disebelah kanan, stesen minyak Caltex disebelah kiri, Klinik Care 4uDM adalah terletak selepas barisan rumah kedai kayu. Bangunan klinik terletak agak jauh dari Jalan besar memberi ruang yang luas untuk kawasan meletak kereta. Petunjuk lain adalah papan tanda Rumah Rehat Tok Wan, yang terletak di belakang bangunan klinik. Bangunan adalah asalnya rumah berkembar, yang mana unit bersebelahan masih lagi didiami oleh sebuah keluarga. Klinik ini di asaskan oleh Prof. Dr. Aziz Ismail seorang Pakar Diabetes. Kaki ayah telah berjaya diselamatkan di klinik ini. Walaupun 3 jari kaki kanan terpaksa dibuang namun ia lebih baik dari dipotong satu kaki mengikut arahan hospital. Belum sempat untuk upload log rawatan ayah, namun maklumat berkenaan klinik alternatif ini amat penting untuk anda semua yang mesti saya maklumkan terlebih dahulu..

Related articles

Ubat diabetes - air rebusan daun kemunting

Amalan tradisi - Pembungkus Daun dan Upih Pinang

Sememangnya kita curious mengapa orang dulu dulu kurang penyakitnya berbanding masyarakat kita zaman sekarang. Ini sememang berkait rapat dengan amalan pemakanan dan tradisi orang dulu. Salah satu amalan yang saya rasa menyumbang kepada kesihatan orang dulu adalah membungkus nasi dalam upih pinang. Sesuatu yang tidak lagi menjadi amalan sekarang dengan kemunculan alat pembungkus plastik/polysterene dan kertas pembungkus, malah medium pembungkusan yang baru seperti polysterene dikatakan boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Seperti juga daun pisang, makanan panas yang dibungkus dengan daun pinang seperti kuih tradisi masyarakat pantai timur iaitu tepung bungkus atau nasi bungkus dengan upih pinang memberi aroma dan meninggalkan rasa yang unik pada makanan. Bukan sekadar aroma dan rasa, malah bahan pembungkus tradisi ini memberi khasiat tersendiri yang dikaitkan dengan perubatan dari bahan pokok pinang.

Related articles:

Klinik Pakar Kencing Manis

Air Cuci Luka Amalan Tradisional

Orang dulu-dulu tiada ubat atau air pencuci luka / matikan kuman seperti iodin atau evsol. Amalan tradisonal dalam merawat luka yang besar adalah mencuci luka dengan menggunakan air rebusan daun-daun yang kelat seperti daun jambu batu, senduduk, kemunting dan daun pokok ciku.

Related articles
Khasiat amalan tradisi membungkus dengan dauh/upih pinang

Wednesday, May 13, 2009

ubat Penawar penyakit diabetes / kencing manis - Kulit kayu manis

kajian yang dijalankan menunjukkan kulit kayu manis boleh menghasilkan sejenis insulin semula jadi. Penyediaan terbaik adalah melalui air rebusan. Sup adalah masakan yang sesuai untuk pesakit diabetes kerana kegunaan herba kulit kayu manis dalam penyediaannya

Related articles
amalan cuci luka tradisional

Ubat penawar penyakit kencing manis - Halba

Halba adalah sejenis herba yang biasa digunakan dalam masakan masyarakat asia. Masyarakat pantai timur menggunakan halba dalam penyediaan nasi dagang. Halba dikatakan mempunyai unsur insulin semulajadi yang membantu dalam memproses gula dalam darah. Khasiat Halba ada dikatakan dalam riwayat hadis nabi namun cara penyediaan tidak dapat dipastikan

Ubat diabetes  / kencing manis - daun ketum

Ubat diabetes / kencing manis - kulit kayu manis

Penawar herba penyakit diabetes / kencing manis - kayu pelita

Kayu pelita ini hanya boleh didapati dari India. Bekalan dikatakan boleh diperolehi dari kedai ubat india/ mamak. Penyediaan adalah melalui rebusan

Related articles

Ubat diabetes buah pinang muda

Ubat diabetes daun ketum

Ubat diabetes kayu pelita

Ubat diabetes - halba

buah pinang muda - herba penyakit diabetes / kencing manis

Penyediaan


Belah empat sebiji pinang muda dan direbus dalam 1.5 liter air. Pelepah pinang dan pelepah nipah juga dikatakan mempunyai khasiat sebagai ubat diabetes

Related articles

Daun Ketum - ubat diabetes mujarab menurunkan kadar gula dalam darah dengan cepat

Herba penawar diabetes paling mujarab - daun Ketum

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.




Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. Sekarang ini Daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.


Berdasarkan pengalaman mengurus dan mengawal penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ayah saya dapati daun ketum adalah yang paling mujarab diantara herba ubatan alternative yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat. Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan ( diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).


Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.


Testimoni
Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7


Penyediaan
Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.


2 jenis daun ketum sebelah kanan adalah jenis yg lebih bermanfaat, pandangan sebelah bawah daun ketum dengan jalur daun berwarna merah. daun ketum sawah/ baruh adalah berwarna hijau keseluruhannya


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.




Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails