Wednesday, May 13, 2009

Herba penawar diabetes paling mujarab - daun Ketum

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.




Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. Sekarang ini Daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.


Berdasarkan pengalaman mengurus dan mengawal penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ayah saya dapati daun ketum adalah yang paling mujarab diantara herba ubatan alternative yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat. Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan ( diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).


Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.


Testimoni
Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7


Penyediaan
Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.


2 jenis daun ketum sebelah kanan adalah jenis yg lebih bermanfaat, pandangan sebelah bawah daun ketum dengan jalur daun berwarna merah. daun ketum sawah/ baruh adalah berwarna hijau keseluruhannya


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.




Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.




28 comments:

  1. ada x ubat yg bleh mngurangkan ketagihan air ketum?selain methadon..scara tradisional ka?

    ReplyDelete
  2. walaupun daun ketum mengandungi mitraginin .. tp sy x pernah dengar org ketagihan daun ketum. Ini kerana kuantiti bahan tersebut amat sedikit. mungkin ada kes yg sy tak ketahui. kalau air ketum yg telah dicampur dadah sintetik mungkin berlaku ketagihan dan inilah yg dibuat oleh penagih.. diantara daun ketum dan tembakau mana lebih bahaya? daun ketum byk kelebihannya untuk kesihatan tp apa kelebihan tembakau? tembakau punca utama kepada masalah kesihatan.. tp mengapa daun ketum diharamkan dan tembakau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg paling pelik kenapa malaysia sebuah megara islam meluluskan cukai arak sedangkan ia bercanggah dari ajaran islam kt negara barat seperti london atau usa alcohol adalah penyebab kemalangan dan pergaduhan sebab tu ketika disana kita tidak digalakkan keluar pada lewat malam maksud saya benda yang haram boleh dijual benda yang tidak haram dari tumbuhan diharamkan pula alcohol ngan air ketum mana lagi bahaya

      Delete
  3. saya amat bersetuju daun ketum sebagai ubat paling mujarab.

    ReplyDelete
  4. Yang sebenarnya, ini masaalah komersil, kalau begitu senang merawat kencing manis, tak perlu jadi doktor pakarlah. Habislah rugi pelaburan tak terkira tu. Percayake asma, darah tinggi dan lain2 tu hanya boleh dikawal tetapi tiada ubat penyembuh? Kita biasa dengarkan, tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati? Bila kita lupakan, Amerika akan proses dan letak trade mark,sesiapa buat perkara sama dia saman, macam tongkat ali tulah.sebelum larangan adake orang tua kita yang amalkan dapat kesan buruk, ada kajian?

    ReplyDelete
  5. sebab daun ketum tak kena cukai kerajaan pasai tu la, tak boleh gunakan...

    ReplyDelete
  6. betul tu, sebenar nya jika semua penyakit dapat disembohkan dengan cepat, maka tutup lah klinik swasta yang meletak kan harga yang tinggi kepada pesakit. ada kala pesakit mampu, ada setengah pula tak mampu. lagi pun jika makan ubat perubatan moden pun akhirnya kena kerat kaki juga. fikir2 lah. semua pokok yang di jadikan Allah ada menafaatnya untuk hamba nya. hanya ada segelintir menyalah gunakan nya dengan mencamporkan dengan bahan racun macam ubat nyamok tu membuat kan orang salah anggap dan tak faham. apa2 pun patut di haramkan dulu tembakau tu dari daun ketum. kerana tembakau lebih memudaratkan kesihatan sejagat.

    ReplyDelete
  7. kerja saya memang tlibat secara langsung dlm mjlnkn analisa mitragynine,tp negeri sebelah timur mmg byk kes penggunaan daun ketum.penjualan air ketum memang agak mendapat sambutan sehinggalah tertangkapnya penjual air ketum.tp biasanya lepas kena denda pun orang yg sama masih lg menjualnya, sb keuntungannya agak lumayan bagi orang-orang kampung.kadang kala terdapat juga kandungan ubat batuk yang dicampurkan dalam air ketum supaya mjadi lebih 'kick'.bagi saya ketum tidak perlu diharamkan sebab kandungannya adalah sumber yang neutral bukan dadah sintetik yang ada dalam ubatan pada masa sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah mengambil air rebusan daun ketum yg original akan menyebabkan ketagihan? Kalau kita mengambil 1 cawan setiap hari untuk mengawal darah tinggi n kencing manis akan ada kesan sampingan?

      Delete
  8. tp saya pelik kenapa kerajaan masih mengharamkan daum ketum kalau ia boleh merawat penyakit kencing manis,, lagipun pesakit nkencing manis semakin meningkat di negara kita,, so why not kita gunakan dau ketum sebagai ubat diabetes..

    ReplyDelete
  9. and berhabis duit untuk merawat diabetes tu memerlukan kos yg tinggi.. xsemua org yg menghidapi diabetes 2 mampu..

    ReplyDelete
  10. betul..disebabkan orang yang menjual air ketum mencampurknnya dengan bahan2 lain seperti tahi lembu,ubat batuk,ubat nyamuk dll..sebenarnya bagi penagih dadah air ketum adalah lebih murah dan mudah berbanding dadah2 lain yang lebih mahal harganya dipasaran, jd tidak hairanlah mereka mengantikan dengan pengambilan air ketum..kalau di kampung saya biasanya dari anak muda hinggalah yang tua membeli air ketum 3 kali sehari...tp penjualannya bukan secara terang-terangan sb agen yang menjualnya biasanya beroperasi ditengah-tengah hutan...

    ReplyDelete
  11. kerajaan patut ketatkan lagi undang-undang berkenaan daun ketum nie..sebab banyak orang dah salah gunakan untuk buat duit daripada penjualan air ketum...kegunaan untuk perubatan tradisional sudah di jarang di amalkan lagi..lebih2 lagi kepada anak2 muda sekarang

    ReplyDelete
  12. ikut kajian, kesan mitragynine dlm ketum lebih kuat berbanding morphine..

    ReplyDelete
  13. pihak cerdik pandai di Universiti dan Pusat Kajian harus menjalankan kajian berkenaan kesat positif dan negatif daun ketum ni, supaya manfaatnya jika ada boleh dinikmati, dan jika ada kesan buruk semoga masyarakat lebih waspada

    ReplyDelete
  14. selamat berpuasa dan assalammualaikom,saya banyak berkawan dgn rakan2 di utara,dan dlm pergaulan dgn mereka saya dapati meminum air daun ketom menjadi satu amalan sosial didlm mana mana perjumpaan saperti malam majlis persedian kenduri,perjumpaan kelab tak rasmi. Pokoknya, sudah menjadi saperti meminum minuman beralkohol, bukan lagi sebagai ubat. jadi jamgan salahkan kerajaan bila diaktakan sebagai racun terkawal.,

    ReplyDelete
  15. alahai,khasiatnya mmg terbukti..jgnlah kte lak yg nk salahguna..apa yg nk diharamkan,klw Allah xsebut pon dlm Al-Quran daun ketum tu haram..kte yg mnusia ni yg mnyebabkn ia mjadi haram..jgnla salah guna..

    ReplyDelete
  16. boleh tak daun ketum dibotolkan jadi air tonik mcm red bull?camner nak komersialkan daun ketum..

    ReplyDelete
  17. kalau nak dibotolkan rebusan air daun ketum ini, mohonlah dengan kerajaan dan buatlah seperti air minuman yang lain. campurannya hendaklah dari bahan2 yang tidak terlarang.

    ReplyDelete
  18. Askum..mntk pndapat sapa2 yg ada pngetahuan psl daun ketum ni.isteri sy sekarang mengandung 30 minggu(7bulan lebih).baru2 ni checkup dkt klinik bacaan darah tnggi@kncing manis naik dkt2 9.67..dan sy dpt tahu yg penyakit tu adalah dri keturunan sebelah ayahnya.jadi nk mntk pendapat,adakah ada kesan negatif kalau sy mntk dia amalkan minum air rebusan 7-8 helai daun ketum dlm 3hari sekali seperti yg dinyatakan di ats tu?takut jugk membawa kesan negatif kepada bayi dlm kandungan...tq

    ReplyDelete
  19. mungkin di sini jawapannya bagi penyakit kencing manis anda. sila layari http://zhahab.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. ketum menyebab kan ketagihan teruk, sape xpenah minum, atau minum seteguk sebulan xda mslah, kalau daun skilo rebus dapat 6 bungkus, minum sari sbungkus selama 3 bulan, saya jamin tanpa ketum siapa lah anda. pukul 4 pagi pun bole p ketuk pintu tokey. Dan penggunaan ketum paling banyak di kawasan utara bukan timur, timur-timur banyak guna brg lain.

    Sapa ada cara boleh menghilangkan ketagihan ketum, buka satu bloG mesti boleh HIT ribuan pengunjung.. Ramai nak berhenti tapi xmampu..

    ReplyDelete
  21. btul,rasa ketagih ketum ni mmg truk sngt..tngok mber2 yg kaki ketom ni mmg truk,pkul 4pgi pun leh kuar cri g..xlena la lau xminum..suma nk bhenti mnum,tp xleh..sakit bdan abis..hrap ada sapa2 yg leh tolg cra nk behnti mnum ketom ni..ksian tngok anak2 muda skg..tq

    ReplyDelete
  22. senang saja...klo kmu mahu berhenti minum air ketom nie...........kmu buat sendiri rebusan air ubat nyamuk dan minum 3x sehari..........sama mcm kmu minum air ketom............mesti kmu berhenti terus tu minum air ketom.

    ReplyDelete
  23. Sampai kiamat pun industri herba kita akan jd ubat kaki lima tanpa research dan study dari pharmaceutical company. .sbb utama fda dan pharmaceutical company yg memberi lesen pengamalan perubatan akan menghalang semua usaha kearah penciptaan ubat utk diabetes barah dsb...sbb nya mereka ini dikuasai oleh mafia yg memiliki saham dlm pharmaceutical company yg akan rugi jika tiada pengunaan berterusan ubat kawalan diabetes dan chemotherapy utk cancer.mustahil diabetes tidak boleh diubat tapi hanya boleh dikawal.tapi itulah polisi dan modus operandi sykt pharmaceutical ..kementerian kesihatan dan jab farmasi harus melakukan sesuatu utk rakyat msia bukan hanya patuh pd FDA shj...mkn durian belanda sebiji lebih berkesan rawat kanser berbanding 100 kali chemotherapy sdgkan tiada pesakit oernah jalani chemotherapy lebihvdari 10kali ...rawatan kaser beratus ribu harga siapa yg untung...metformin dan diamacron utk diabetes guna seumur hidup pesakit diabetes akhirna jalani fialidis dan potong kaki juga. Tlgkah pihak berkenaan buka mata dan bangunkan industri herba...sbgmn china dan india yg mula tidak patuh pd FDA

    ReplyDelete
  24. Stevia pemanisvgantian yg baik utk kesihatan tapi researchbdan jurnal utknya sampai hari ini tidak di iktiraf oleh FDA sbbnya utk melindungi sukt mereka ygvkeluarkan oemanis tiruan konon utk diabetes sbb Equal dan Pal Sweet sdgkan dua profuk ini mengandungibbhn asing yg bahaya utk jangka panjang...tunggulah bila sykt keluarkan viagra dan cukup kaya barulah FDa akan paternkan tongkat ali dan msia akan import tongkat ali dari amerika dan diguna pakai di hospital

    ReplyDelete
  25. Tak patut n tak seharusnya daun ketum d haramkn

    ReplyDelete
  26. Dalam masa yg sama dgn pengharaman daun ketum di malaysia, amerika syarikat pula mula buka mata utk import daun ketum dari malaysia bg tujuan farmasi..elok sgt la..herba semulajadi yg ada kita haramkan..nanti bila amerika dh buat kapsul dari ketum yg dicampur bahan kimia n dadah lain.. kita jugak yg kelam kabut nk import masuk bg tujuan perubatan..terbaik!..

    ReplyDelete

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...