CONTINUE YOUR SEARCH HERE

Continue Your Search Here!!!

CLICKS TO SUPPORT

Wednesday, May 26, 2010

Ubat Natural Diabetes

Pagi ini semasa bertugas, saya berjumpa dengan seorang pelanggan yang juga seorang pesakit diabetes / kencing manis selama lebih 30 tahun. Beliau iaitu En. Yau telah disahkan sebagai pesakit diabetes / kencing manis sejak berumur 20an. Apa yang menarik adalah pengetahuan dan disiplin En. Yau dalam mengawal penyakit beliau samada secara diet atau ubatan. Beliau memang tak lokek berkongsi pengetahuan tentang mengawal penyakit kencing manis. Salah satu amalan beliau adalah memakan sejenis daun secara mentah, terkejut jugak beliau dengan  susah payah sudi untuk membawa dan memberi anak pokok tersebut pada saya. Beliau sendiri tidak tahu nama pokok tersebut. Saya mencuba makan sehelai daun tersebut dapati ia rasa sedikit pahit / payau..
Siapa pembaca yang tahu nama pokok ini boleh lah bagitahu saya.. harap anak pokok ni dapat tumbuh dengan baik..



Related articles

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails