Monday, January 31, 2011

Alat Pengukur Kadar Gula Darah

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS adalah alat pengukur darah yang paling banyak dijual di Malaysia. Bayer adalah jenama terkenal yang telah 60 tahun beroperasi. Jadi jaminan kualiti dan prestasi yang baik dari alat pengukur gula darah ini adalah dijamin. Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS terbaru dengan “No Coding” teknologi  mempermudahkan lagi penggunaannya. Teknologi No coding ini amat penting kerana kajian yang dilakukan menunjukkan hampir 16% pengguna alat pengukur gula darah tidak tahu keperluan untuk menukar kod bila kotak kertas ujian baru digunakan. Ini akan mengakibatkan kesilapan bacaan kadar gula darah boleh mencapai hingga 43%.

Saya tidak pernah menggunakan jenama lain alat pengukur gula darah, tetapi saya amat berpuashati dengan prestasi  alat pengukur gula darah Bayer Contour TS ini dalam mengawal kadar gula darah ayah. Ia amat mudah digunakan, malah ayah dapat melakukan ujian kadar gula darah sendiri.  Cara menggunakannya adalah pertama sekali memasukkan kertas ujian ke dalam Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS, ini akan menghidupkannya. Kedua, dengan menggunakan alat jarum suntikan untuk mengambil sampel darah.  Ketiga titiskan /letakkan  darah tersebut ke atas kertas ujian . Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS akan mengeluarkan bacaan kadar gula darah dengan cepat iaitu kurang dari 8 saat. Jumlah sampel darah yang diperlukan juga amat sedikit iaitu sebanyak 0.6 microlite (dengan kata mudah ia kurang dari setitis darah diperlukan). Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini juga mempunyai memori sebanyak 250 keputusan ujian untuk rujukan.

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini berharga RM192 di pasaran. Saya telah membeli 1 set dengan harga RM180 selepas diskaun dari Zuq Pharmacy. Setiap set permulaan akan mengandungi:
  1. 1.       1 Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS
  2. 2.       50 kertas ujian
  3. 3.       1 alat jarum suntikan
  4. 4.       25 jarum
  5. 5.       100 kapas sapuan
  6. 6.       Warranty seumur hidup

Kertas ujian boleh dibeli dengan harga RM80 untuk  2 botol, setiap botol mengandungi 25 keping kertas ujian kadar gula darah.

No comments:

Post a Comment

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...