Monday, January 31, 2011

Rawatan Luka Kencing Manis Guna Madu Lebah dan Propolis


Rawatan Luka Kencing Manis Guna Madu Lebah dan Propolis


Ini adalah rawatan tradisional , anda mungkin tidak menemui rawatan ini di Hospital Kerajaan, tetapi kajian telah banyak dijalankan oleh saintis tentang khasiat penggunaan madu lebah dan propolis. Madu lebah dan propolis mempunyai banyak khasiat. Apa yang ingin di tulis di sini secara khusus adalah rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis. Berdasarkan pengalaman semasa merawat luka kencing manis kaki ayah di klinik pakar kencing manis CARE4U di Kota Bharu, Doktor menggunakan propolis dalam rawatan luka kencing manis.

Apa itu propolis?
propolis diguna oleh lebah sebagai "sealant"
Saya pasti ramai yang telah jelas berkenaan madu lebah tetapi tahukah anda apa itu propolis? Propolis adalah bahan yang boleh didapati di bahagian luar tempat meyimpan madu di dalam sarang lebah. Propolis adalah lebih cair daripada madu dan berwarna lebih gelap  coklat dan kehitaman. Propolis adalah terhasil daripada kombinasi cecair pokok, pucuk dan bunga yang dikumpul oleh lebah. Fungsi propolis didalam sarang lebah adalah sebagai “disinfectant” atau sterile bagi menghapus kuman supaya bahagian dalam yang mengandungi madu dan tempat pembiakan bersih dan selamat.

Kajian yang dijalankan oleh saintis Itali 1  menunjukkan bahawa propolis mempunyai
sifat antiinflammatory, immunostimulatory, antiviral dan antibacterial. Anti-oxidant aktiviti di dalam propolis juga tinggi. Ia juga menunjukkan synergy dengan setengah antibiotik dan juga menunjukkan kualiti anti fungal. Kajian juga menunjukkan bahawa propolis berkesan untuk merawat jangkitan bahagian upper respiratory seperti batuk 2 / sakit tekak dan mengurangkan jumlah oral bacteria dan dental plaque 3. Sifat propolis yang antiinflammatory, immunostimulatory, antiviral dan antibacterial amat bermanfaat  dalam proses rawatan luka kencing manis menggunakan propolis dan juga madu. Propolis dititiskan / disapu di atas luka kencing manis di peringkat akhir cucian. Setelah luka kencing manis di bersihkan dengan ubat penghapus kuman seperti Evsol, boleh juga digunakan produk dettol, sel-sel mati dibuang sehingga daging kelihatan kemerahan,  propolis boleh dititiskan/sapu di atas luka sebelum luka kencing manis ditutup/dibalut.

Madu lebah pula hanya boleh digunakan untuk disapu ke atas luka yang telah menjadi kulit yang sempurna. Ia berkesan untuk menguatkan kulit dan menghalang jangkitan.  Madu lebah tidak boleh diguna ke atas luka kencing manis yang masih dalam peringkat penumbuhan semula daging.

Rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis ini amat bermanfaat dibandingkan dengan menggunakan ubat luka biasa seperti iodine, tambah lagi ia adalah natural dan tiada kesan sampingan. Namun harus diingat bahawa rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis ini hendaklah menggunakan madu lebah dan propolis yang asli tidak dicampur dengan bahan lain.
_____________
1-Russo A, Longo R, Vanella A. Department of Biochemistry, Medical Chemistry and Molecular Biology, University of Catania, V.le A. Doria 6, 95125, Catania, Italy. Fitoterapia. 2002 Nov;73 Suppl 1:S21-9. Antioxidant activity of propolis: role of caffeic acid phenethyl ester and galangin
2-Focht J, Hansen SH, Nielsen JV, van den Berg-Segers A, Riezler R. Bioscientia, Institute for Laboratory Medicine, Moers, Fed. Rep. of Germany, Arzneimittelforschung. 1993 Aug;43(8):921-3. Bactericidal effect of propolis in vitro against agents causing upper respiratory tract infections
3-Steinberg D, Kaine G, Gedalia I. Department of Oral Biology, Faculty of Dentistry, Hebrew University-Hadassah, Jerusalem, Israel. Am J Dent. 1996 Dec;9(6):236-9. Antibacterial effect of propolis and honey on oral bacteria
http://www.lifetimehealth.com/article-propolis-clinical_review.asp

Alat Pengukur Kadar Gula Darah

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS adalah alat pengukur darah yang paling banyak dijual di Malaysia. Bayer adalah jenama terkenal yang telah 60 tahun beroperasi. Jadi jaminan kualiti dan prestasi yang baik dari alat pengukur gula darah ini adalah dijamin. Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS terbaru dengan “No Coding” teknologi  mempermudahkan lagi penggunaannya. Teknologi No coding ini amat penting kerana kajian yang dilakukan menunjukkan hampir 16% pengguna alat pengukur gula darah tidak tahu keperluan untuk menukar kod bila kotak kertas ujian baru digunakan. Ini akan mengakibatkan kesilapan bacaan kadar gula darah boleh mencapai hingga 43%.

Saya tidak pernah menggunakan jenama lain alat pengukur gula darah, tetapi saya amat berpuashati dengan prestasi  alat pengukur gula darah Bayer Contour TS ini dalam mengawal kadar gula darah ayah. Ia amat mudah digunakan, malah ayah dapat melakukan ujian kadar gula darah sendiri.  Cara menggunakannya adalah pertama sekali memasukkan kertas ujian ke dalam Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS, ini akan menghidupkannya. Kedua, dengan menggunakan alat jarum suntikan untuk mengambil sampel darah.  Ketiga titiskan /letakkan  darah tersebut ke atas kertas ujian . Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS akan mengeluarkan bacaan kadar gula darah dengan cepat iaitu kurang dari 8 saat. Jumlah sampel darah yang diperlukan juga amat sedikit iaitu sebanyak 0.6 microlite (dengan kata mudah ia kurang dari setitis darah diperlukan). Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini juga mempunyai memori sebanyak 250 keputusan ujian untuk rujukan.

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini berharga RM192 di pasaran. Saya telah membeli 1 set dengan harga RM180 selepas diskaun dari Zuq Pharmacy. Setiap set permulaan akan mengandungi:
  1. 1.       1 Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS
  2. 2.       50 kertas ujian
  3. 3.       1 alat jarum suntikan
  4. 4.       25 jarum
  5. 5.       100 kapas sapuan
  6. 6.       Warranty seumur hidup

Kertas ujian boleh dibeli dengan harga RM80 untuk  2 botol, setiap botol mengandungi 25 keping kertas ujian kadar gula darah.

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...