KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES
09-765 8918
Klinik pakar dalam merawat luka kencing manis/diabetes dan yang bersedia untuk memberi rawatan tersebut amat sukar ditemui. Setakat ini hanya ada 2 Klinik Swasta yang saya tahu iaitu Klinik Dr Razin di Terengganu dan Klinik Ziad di Kota Bharu Kelantan. Hospital Kerajaan biasanya hanya mengendalikan rawatan luka kencing manis yang ringan dan sudah dibersihkan gangren, melainkan pusat rawatan luka kencing manis Hospital Kuala Lumpur yang mempunyai pusat kajian dan pusat rawatan khusus untuk luka kencing manis /diabetes, Hospital Kerajaan yang lain biasanya akan mengambil pendekatan senang; iaitu memotong anggota badan terlibat, menyedihkan untuk pesakit tapi ini adalah hakikat yang terjadi. Proses pembersihan luka dan membuang gangren (biasanya ditolak oleh Hospital Kerajaan) boleh dibuat di Klinik Klinik pakar rawatan luka kencing manis /diabetes ini. Bila peringkat kritikal luka (proses gangren) telah di rawat, rawatan lanjut untuk membersih luka yang semakin pulih bolehlah diteruskan di Klinik Kerajaan untuk penjimatan kos atas nasihat doktor.
Peta Lokasi dan alamat KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES adalah seperti dibawah
PT 811, Darul Syifa,
Km 10, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh,
Kampung. Chicha, Kubang Kerian,
Kota Bharu, 15200
Km 10, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh,
Kampung. Chicha, Kubang Kerian,
Kota Bharu, 15200
Kelantan
09-765 8918
No comments:
Post a Comment