Friday, April 17, 2020

KAWAL GULA KENCING MANIS DIABETES

CARA MENGAWAL GULA PESAKIT KENCING MANIS / DIABETES

Tonton video penerangan bahaya gula :
terima kasih pada Doktor yang memberi penerangan



Jangan jadikan penyakit kencing manis / diabetes sebagai penyakit keturunan anda. Tahukah bahawa DNA badan boleh berubah mengikut exposure dan radiasi yang diberikan samada secara diet pemakanan dan dan radiasi luaran. Jika sel badan boleh berubah kepada cancerous kerana exposure terhadap bahan kimia yang memasuki badan, begitu juga sel badan dapat berubah menjadi insulin resistance yang menyebabkan penyakit kencing manis / diabetes. Akhirnya menjadi DNA yang akan diperturunkan kepada keturunan. Amalkan gaya hidup sihat dan kawal kadar gula dalam darah.

Ada Beberapa Cara Untuk Mengawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis / Diabetes seperti berikut;
  1. Diet, diletak diet atau kawalan pemakanan sebagai nombor satu kerana ini lah musuh utama yang menjadi faktor penyebab penyakit kencing manis / diabetes. Tabiat pemakanan tidak sihat seperti pengambilan gula yang berlebihan pada tempoh yang lama adalah satu bentuk abuse tekanan kepada sel sel badan. Badan terpaksa mengeluarakn insulin yang banyak tiap kali ada peningkatan gula dalam darah. Gula gula ini pula ditukar kepada kolesterol jahat dan disimpan sebagai lemak badan. Lambat laun pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang secukupnya (kencing manis / diabetes type 1) dan sel badan tidak lagi sensitif kepada insulin (Kencing manis / diabetes type 2). Oleh itu henti atau kurangkan pengambilan gula terutama refined dan fructose kerana badan memproses/menyerap gula refined dan fructose lebih cepat /rapid berbanding gula semulajadi. 
  2. Senaman Exercise; adalah amalan dan bagi saya ubat terbaik untuk mencegah penyakit kencing manis. Ia membantu sel badan dalam melatih dan mengawal kadar gula dalam darah dengan memastikan kadar gula dalam sel badan digunakan / ditukar dalam bentuk tenaga dan melatih reception sel badan terhadap insulin.
  3. Ubatan Chemical Hospital; Mengapa perlu mengambil ubat jika anda tidak sakit dan mengapa perlu sakit jika anda boleh sehat. Pilihan adalah di tangan anda, ada orang mungkin beranggapan tidak mengapa jika sudah dapat penyakit kencing manis / diabetes kerana ada ubatnya, bermacam jenis ubat boleh dibeli samada dari Hospital Kerajaan atau swasta. Namun tahukah anda sensitiviti dan keberkesanan ubatan ini akan berkurang seiring dengan lagi lama tempoh bergantungan. Lama lama dos ubat yang anda perlu ambil bertambah, malah mungkin perlu diambil ubat jenis lain yang lebih kuat. Ini hanya membebankan buah pinggang dan tubuh pesakit. Lambat laun kerosakan buah pinggang berlaku kerana kombinasi beberapa perkara yang bukan hanya kerana ubat tetapi juga kerana gula yang tidak terkawal, pengambilan ubat dan herba yang salah, dan juga kombinasi penyakit lain.
  4. Alternatif Herba, ada herba herba tertentu sememang memberi kesan positif pada kawalan bacaan gula pesakit kencing manis seperti ketum, kemunting, daun pinang, daun pandan, pokok sambung nyawa, daun kapal terbang dan lain lain lagi. Namun harus diingat bahawa tiada kajian secara saintifik dibuat untuk mengkaji cara penyediaan terbaik, kadar dos dan kesan sampingan herba ini kepada badan pesakit. Herba tersebut mungkin boleh menurunkan kadar gula pesakit  kencing manis diabetes namun ia mungkin membebankan buah pinggang. Apatah lagi jika pesakit tersebut telah pun mengalami kegagalan buah pinggang. Herba tersebut yang menjadi ubat pada orang sehat munkin akan menjadi racun pada pesakit kencing manis / diabetes yang ada preexisting condition kegagalan buah pinggang.


No comments:

Post a Comment

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...