Friday, April 17, 2020

KAWAL GULA KENCING MANIS DIABETES

CARA MENGAWAL GULA PESAKIT KENCING MANIS / DIABETES

Tonton video penerangan bahaya gula :
terima kasih pada Doktor yang memberi penerangan



Jangan jadikan penyakit kencing manis / diabetes sebagai penyakit keturunan anda. Tahukah bahawa DNA badan boleh berubah mengikut exposure dan radiasi yang diberikan samada secara diet pemakanan dan dan radiasi luaran. Jika sel badan boleh berubah kepada cancerous kerana exposure terhadap bahan kimia yang memasuki badan, begitu juga sel badan dapat berubah menjadi insulin resistance yang menyebabkan penyakit kencing manis / diabetes. Akhirnya menjadi DNA yang akan diperturunkan kepada keturunan. Amalkan gaya hidup sihat dan kawal kadar gula dalam darah.

Ada Beberapa Cara Untuk Mengawal Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis / Diabetes seperti berikut;
  1. Diet, diletak diet atau kawalan pemakanan sebagai nombor satu kerana ini lah musuh utama yang menjadi faktor penyebab penyakit kencing manis / diabetes. Tabiat pemakanan tidak sihat seperti pengambilan gula yang berlebihan pada tempoh yang lama adalah satu bentuk abuse tekanan kepada sel sel badan. Badan terpaksa mengeluarakn insulin yang banyak tiap kali ada peningkatan gula dalam darah. Gula gula ini pula ditukar kepada kolesterol jahat dan disimpan sebagai lemak badan. Lambat laun pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang secukupnya (kencing manis / diabetes type 1) dan sel badan tidak lagi sensitif kepada insulin (Kencing manis / diabetes type 2). Oleh itu henti atau kurangkan pengambilan gula terutama refined dan fructose kerana badan memproses/menyerap gula refined dan fructose lebih cepat /rapid berbanding gula semulajadi. 
  2. Senaman Exercise; adalah amalan dan bagi saya ubat terbaik untuk mencegah penyakit kencing manis. Ia membantu sel badan dalam melatih dan mengawal kadar gula dalam darah dengan memastikan kadar gula dalam sel badan digunakan / ditukar dalam bentuk tenaga dan melatih reception sel badan terhadap insulin.
  3. Ubatan Chemical Hospital; Mengapa perlu mengambil ubat jika anda tidak sakit dan mengapa perlu sakit jika anda boleh sehat. Pilihan adalah di tangan anda, ada orang mungkin beranggapan tidak mengapa jika sudah dapat penyakit kencing manis / diabetes kerana ada ubatnya, bermacam jenis ubat boleh dibeli samada dari Hospital Kerajaan atau swasta. Namun tahukah anda sensitiviti dan keberkesanan ubatan ini akan berkurang seiring dengan lagi lama tempoh bergantungan. Lama lama dos ubat yang anda perlu ambil bertambah, malah mungkin perlu diambil ubat jenis lain yang lebih kuat. Ini hanya membebankan buah pinggang dan tubuh pesakit. Lambat laun kerosakan buah pinggang berlaku kerana kombinasi beberapa perkara yang bukan hanya kerana ubat tetapi juga kerana gula yang tidak terkawal, pengambilan ubat dan herba yang salah, dan juga kombinasi penyakit lain.
  4. Alternatif Herba, ada herba herba tertentu sememang memberi kesan positif pada kawalan bacaan gula pesakit kencing manis seperti ketum, kemunting, daun pinang, daun pandan, pokok sambung nyawa, daun kapal terbang dan lain lain lagi. Namun harus diingat bahawa tiada kajian secara saintifik dibuat untuk mengkaji cara penyediaan terbaik, kadar dos dan kesan sampingan herba ini kepada badan pesakit. Herba tersebut mungkin boleh menurunkan kadar gula pesakit  kencing manis diabetes namun ia mungkin membebankan buah pinggang. Apatah lagi jika pesakit tersebut telah pun mengalami kegagalan buah pinggang. Herba tersebut yang menjadi ubat pada orang sehat munkin akan menjadi racun pada pesakit kencing manis / diabetes yang ada preexisting condition kegagalan buah pinggang.


Tuesday, April 14, 2020

KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES

KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES

Klinik pakar dalam merawat luka kencing manis/diabetes dan yang bersedia untuk memberi rawatan tersebut amat sukar ditemui. Setakat ini hanya ada 2 Klinik Swasta yang saya tahu iaitu Klinik Dr Razin di Terengganu dan Klinik Ziad di Kota Bharu Kelantan. Hospital Kerajaan biasanya hanya mengendalikan rawatan luka kencing manis yang ringan dan sudah dibersihkan gangren, melainkan pusat rawatan luka kencing manis Hospital Kuala Lumpur yang mempunyai pusat kajian dan pusat rawatan khusus untuk luka kencing manis /diabetes, Hospital Kerajaan yang lain biasanya akan mengambil pendekatan senang; iaitu memotong anggota badan terlibat, menyedihkan untuk pesakit tapi ini adalah hakikat yang terjadi. Proses pembersihan luka dan membuang gangren (biasanya ditolak oleh Hospital Kerajaan) boleh dibuat di Klinik Klinik pakar rawatan luka kencing manis /diabetes ini. Bila peringkat kritikal luka (proses gangren) telah di rawat, rawatan lanjut untuk membersih luka yang semakin pulih bolehlah diteruskan di Klinik Kerajaan untuk penjimatan kos atas nasihat doktor.

Peta Lokasi dan alamat KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES adalah seperti dibawah

PT 811, Darul Syifa, 
Km 10, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, 
Kampung. Chicha, Kubang Kerian, 
Kota Bharu, 15200
Kelantan

09-765 8918

KLINIK DR. RAZIN PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES

KLINIK DR. RAZIN  PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES DI TERENGGANU

Klini Dr. Razin yang terletak di Bukit Payong, Terengganu adalah klinik yang khusus untuk rawatan luka kaki kencing manis. Jenis luka yang boleh dirawat termasuk lah dalam keadaan luka gangren, membengkak dan bernanah. Kelebihan buat rawatan luka kencing manis di sini adalah rawatan boleh dibuat cepat. Tindakan rawatan cepat ke atas luka kencing manis adalah amat penting kerana luka kencing manis amat cepat sakali merebak dan jika dibiarkan akan meningkatkan risiko jangkitan kuman dan luka yang merebak dengan cepat. Berdasarkan pengalaman, jenis luka kencing manis yang telah diberi pandangan untuk pemotongan anggota oleh Hospital Kerajaan masih boleh cuba untuk dapatkan pandangan kedua di Klinik Dr. Razin dan insyallah masih boleh dirawat. Perlu diingat bahawa prosedur dan polisi di Hospital Kerajaan mungkin mempengaruhi pandangan professional doktor hospital kerajaan terhadap jenis rawatan ke atas luka kencing manis tersebut. Mungkin rawatan susulan pembersihan luka kencing manis memerlukan rawatan yang intensive dari segi masa, kos, resource yang terhad dan risk averse Doktor terlibat. 

Keputusan pemotongan anggota bukan lah keputusan yang mudah bagi pesakit dan ahli keluarga, oleh itu di Klinik Dr. Razin disediakn rawatan alternatif untuk merawat luka tersebut tanpa melibatkan pemotongan anggota. Testimoni sebenar atas pengalaman ahli keluarga sendiri, keadaan luka yang telah diputuskan untuk pemotongan anggota badan, insyallah masih boleh dirawat disini. Kos rawatan adalah munasabah dengan rawatan, pertanyaan boleh dibuat terus kepada pengurus Klinik Dr, Razin. Mereka amat membantu, mesra dan bersedia untuk memberi pandangan dan nasihat professional. Apa yang penting adalah kejayaan menyelamat anggota badan pesakit luka kencing manis adalah suatu yang berharga bagi pesakit dan ahli keluarga. Jangan tunggu luka kencing manis melarat, dapatkan rawatan luka kencing manis/diabetes dengan segera.. Time Is The Essence

LOKASI KLINIK DR. RAZIN ADALAH SEPERTI DIBAWAH






Sunday, April 12, 2020

SEO MELETAKKAN PETA GOOGLE MAP DI BLOGSPOT



Untuk meletakkan  peta yang berkaitan dengan catatan blog anda akan sentiasa menjadi cara yang cantek untuk buat blog anda nampak sofistikated
Tetapi bagaimana untuk melakukannya? Teknik SEO dan syarat Google Map akan sentiasa berubah mengikut masa. Prosedur dan pengekodan sebelum ini mungkin tidak akan lagi dapat digunakan untuk keperluan semasa. Contoh,untuk bina kod html di google maps itu sendiri sudah tidak lagi dibenarkan / disediakan oleh Google. Anda samada perlu melanggan aplikasi penjana kod atau jika bertuah anda akan jumpa post ini, dan saya akan memperkenalkan anda ke laman web ini;  (https://www.embedgooglemap.net) yang akan menghasilkan kod html percuma untuk anda.

Ikuti langkah berikut di bawah
ia adalah cara untuk meletakkan peta google maps ke dalam blogspot anda

1. Pergi ke https://www.embedgooglemap.net
2. Masukkan lokasi yang anda pilih di peta google, kemudian tunggu untuk loading
3. Lihat tetapan peta google seperti pandangan satelit atau paparan jalan biasa
4. Tetapkan lebar dan ketinggian saiz bingkai yang dipilih.
5. Klik butang "Dapatkan kod HTML"
6. Salin Kod
7. Buka catatan blog anda di blogspot
8. Pilih setting HTML
9. Tampal Kod, ... ia sudah sedia untuk publish

CLICK SINI UNTUK LIHAT LOKASI EMAS HOMESTAY DI GOOGLE MAPS



Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...