Tuesday, April 14, 2020

KLINIK DR. RAZIN PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES

KLINIK DR. RAZIN  PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES DI TERENGGANU

Klini Dr. Razin yang terletak di Bukit Payong, Terengganu adalah klinik yang khusus untuk rawatan luka kaki kencing manis. Jenis luka yang boleh dirawat termasuk lah dalam keadaan luka gangren, membengkak dan bernanah. Kelebihan buat rawatan luka kencing manis di sini adalah rawatan boleh dibuat cepat. Tindakan rawatan cepat ke atas luka kencing manis adalah amat penting kerana luka kencing manis amat cepat sakali merebak dan jika dibiarkan akan meningkatkan risiko jangkitan kuman dan luka yang merebak dengan cepat. Berdasarkan pengalaman, jenis luka kencing manis yang telah diberi pandangan untuk pemotongan anggota oleh Hospital Kerajaan masih boleh cuba untuk dapatkan pandangan kedua di Klinik Dr. Razin dan insyallah masih boleh dirawat. Perlu diingat bahawa prosedur dan polisi di Hospital Kerajaan mungkin mempengaruhi pandangan professional doktor hospital kerajaan terhadap jenis rawatan ke atas luka kencing manis tersebut. Mungkin rawatan susulan pembersihan luka kencing manis memerlukan rawatan yang intensive dari segi masa, kos, resource yang terhad dan risk averse Doktor terlibat. 

Keputusan pemotongan anggota bukan lah keputusan yang mudah bagi pesakit dan ahli keluarga, oleh itu di Klinik Dr. Razin disediakn rawatan alternatif untuk merawat luka tersebut tanpa melibatkan pemotongan anggota. Testimoni sebenar atas pengalaman ahli keluarga sendiri, keadaan luka yang telah diputuskan untuk pemotongan anggota badan, insyallah masih boleh dirawat disini. Kos rawatan adalah munasabah dengan rawatan, pertanyaan boleh dibuat terus kepada pengurus Klinik Dr, Razin. Mereka amat membantu, mesra dan bersedia untuk memberi pandangan dan nasihat professional. Apa yang penting adalah kejayaan menyelamat anggota badan pesakit luka kencing manis adalah suatu yang berharga bagi pesakit dan ahli keluarga. Jangan tunggu luka kencing manis melarat, dapatkan rawatan luka kencing manis/diabetes dengan segera.. Time Is The Essence

LOKASI KLINIK DR. RAZIN ADALAH SEPERTI DIBAWAH






1 comment:

  1. Apa lagi jenis jenis perkhidmatan yg disediakan di klinik ni slain kencing manis tuan?

    ReplyDelete

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...