Saturday, June 22, 2013

Ubat Rawatan Luka Diabetes

Rawatan Luka Diabetes - Ubat dan Rawatan Yang Digunakan untuk Merawat Luka Diabetes / Kencing Manis

Luka diabetes / kencing manis memerlukan pemerhatian rapi, ubat dan alatan yang khusus untuk menggalakan penyembuhan tidak sama orang yang sehat. Oleh itu setiap ubatan yang digunakan mempunyai fungsi khusus malah perlu yang sesuai, ubatan yang biasanya digunakan untuk orang yang sehat kemungkinan tidak elok malah boleh memudaratkan lagi luka diabetes / kencing manis tersebut. Disini saya kongsikan ubat yang saya gunakan dalam merawat luka ayah saya:

Ubat Cuci Luka

Dermacyn

Ubat ini mempunyai ingredient berubat sesuai untuk rawatan luka diabetes / Kencing manis dan juga ada unsur antiseptic

Saline Water

ini adalah air terawat biasa sama seperti air drip, diguna utk membersihkan kotoran dan darah. namun penggunaan adalah optional jika cukup dengan dermacyn.

Komponen utama  sterile water adalah air steril dan natrium klorida atau garam. Ia adalah satu penyelesaian yang sangat disesuaikan dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia digunakan sebagai agen pensterilan untuk memusnahkan kuman dan mikroorganisma. Ia boleh digunakan kedua-dua dalaman serta luaran ia juga digunakan


Sterile water digunakan secara meluas sebagai cecair drip IV untuk pesakit yang mengalami hidrasi. Dalam kes-kes di mana pesakit tidak boleh mengambil apa-apa disebabkan cirit-birit atau muntah-muntah yang teruk, ia diguna untuk mengelakkan dehidrasi. Di sini, penyelesaian masin digabungkan dengan dextrose atau glukosa dan diberi oleh cara-cara IV drip.





Ubat Sapu

Elase Ointment




Elase Ointment mengandungi Fibrinolysin and Desoxyribonuclease untuk menggalakan penumbuhan salur darah dan sel daging baru. Disapukan di bahagian luka sebelum balutan iaitu diperingkat akhir rawatan luka diabetes / kencing manis.



Solcoseryl

Kos Solcoseryl adalah lebih murah. Fungsi hanya penyembuhan luka diabetes, boleh dicampur bersama elase ointment untuk menjimatkan penggunaan dalam rawatan luka diabetes / kencing manis



Madu


Boleh juga digunakan madu sekali sekala. Sebenarnya madu amt sesuai digunakan untuk luka berdarah seperti luka selepas pembedahan. Klinik pakar luka kencing manis seperti klinik Razin di Bukit Payung Kuala Terengganu banyak menggunakan madu dalam rawatan luka kencing manis







Balutan

Aquacel AG Convatec
AquacelAG mempunyai unsur perak, baik pertumbuhan daging dan salur darah. kain pad tersebut hendaklah digunting mengikut saiz luka dan ditampal untuk menutup luka diabetes / kencing manis

Kaltostat


Pad balutan Kaltostat pula tidak mempunyai unsur perak dan lebih murah.Cara penggunaan juga adalah sama. Kaltostat dan  Aquacell dikeluarkan oleh Syarikat yang sama iaitu ConvaTec 

Cacipliq20

Cacipliq20 amat efektif dalam mempercepatkan penumbuhan daging dan juga penyembuhan / rawatan luka diabetes /kencing manis. Ubat ini digunakan setiap 4 hari . Saya telah gunakan satu botol digunakan 2x aplikasi.  Namun kos nya agak tinggi dengan harga RM450 untuk satu kotak yang mengandungi 2 botol.  Namun atas ehsan Fazil jurujual dr Symbiomed saya dapat 2 kotak dengan harga sama.. Pengedar di Malaysia adalah

Symbiomed Sdn Bhd
No.D9-5-2, Pusat Dagangan Dana
Jalan PJU 1A/46
Off Jalan Lapangan Terbang
47301 PJ
Tel: 03-78436784 Fax:03-78324876

Fazil 0122261387

Related Articles
Baca Berkenaan Pills untuk Pesakit Diabetes / Kencing Manis Di sini

4 comments:

  1. Salam...nk tanya kat mana awak beli elace ointment ni..pleasee..urgent to buy this

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian... sangat berguna utk rawatan pesakit kencg manis

    ReplyDelete
  3. Contact 0194191309 saya nk beli elase ointment.... Tqvm

    ReplyDelete
  4. Kat mana nk beli elase ointiment?how to contact?

    ReplyDelete

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...