Showing posts with label KLINIK DIABETES / KENCING MANIS. Show all posts
Showing posts with label KLINIK DIABETES / KENCING MANIS. Show all posts

Tuesday, April 14, 2020

KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES

KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES

Klinik pakar dalam merawat luka kencing manis/diabetes dan yang bersedia untuk memberi rawatan tersebut amat sukar ditemui. Setakat ini hanya ada 2 Klinik Swasta yang saya tahu iaitu Klinik Dr Razin di Terengganu dan Klinik Ziad di Kota Bharu Kelantan. Hospital Kerajaan biasanya hanya mengendalikan rawatan luka kencing manis yang ringan dan sudah dibersihkan gangren, melainkan pusat rawatan luka kencing manis Hospital Kuala Lumpur yang mempunyai pusat kajian dan pusat rawatan khusus untuk luka kencing manis /diabetes, Hospital Kerajaan yang lain biasanya akan mengambil pendekatan senang; iaitu memotong anggota badan terlibat, menyedihkan untuk pesakit tapi ini adalah hakikat yang terjadi. Proses pembersihan luka dan membuang gangren (biasanya ditolak oleh Hospital Kerajaan) boleh dibuat di Klinik Klinik pakar rawatan luka kencing manis /diabetes ini. Bila peringkat kritikal luka (proses gangren) telah di rawat, rawatan lanjut untuk membersih luka yang semakin pulih bolehlah diteruskan di Klinik Kerajaan untuk penjimatan kos atas nasihat doktor.

Peta Lokasi dan alamat KLINIK ZIAD PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES adalah seperti dibawah

PT 811, Darul Syifa, 
Km 10, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, 
Kampung. Chicha, Kubang Kerian, 
Kota Bharu, 15200
Kelantan

09-765 8918

KLINIK DR. RAZIN PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES

KLINIK DR. RAZIN  PAKAR RAWATAN LUKA KENCING MANIS \ DIABETES DI TERENGGANU

Klini Dr. Razin yang terletak di Bukit Payong, Terengganu adalah klinik yang khusus untuk rawatan luka kaki kencing manis. Jenis luka yang boleh dirawat termasuk lah dalam keadaan luka gangren, membengkak dan bernanah. Kelebihan buat rawatan luka kencing manis di sini adalah rawatan boleh dibuat cepat. Tindakan rawatan cepat ke atas luka kencing manis adalah amat penting kerana luka kencing manis amat cepat sakali merebak dan jika dibiarkan akan meningkatkan risiko jangkitan kuman dan luka yang merebak dengan cepat. Berdasarkan pengalaman, jenis luka kencing manis yang telah diberi pandangan untuk pemotongan anggota oleh Hospital Kerajaan masih boleh cuba untuk dapatkan pandangan kedua di Klinik Dr. Razin dan insyallah masih boleh dirawat. Perlu diingat bahawa prosedur dan polisi di Hospital Kerajaan mungkin mempengaruhi pandangan professional doktor hospital kerajaan terhadap jenis rawatan ke atas luka kencing manis tersebut. Mungkin rawatan susulan pembersihan luka kencing manis memerlukan rawatan yang intensive dari segi masa, kos, resource yang terhad dan risk averse Doktor terlibat. 

Keputusan pemotongan anggota bukan lah keputusan yang mudah bagi pesakit dan ahli keluarga, oleh itu di Klinik Dr. Razin disediakn rawatan alternatif untuk merawat luka tersebut tanpa melibatkan pemotongan anggota. Testimoni sebenar atas pengalaman ahli keluarga sendiri, keadaan luka yang telah diputuskan untuk pemotongan anggota badan, insyallah masih boleh dirawat disini. Kos rawatan adalah munasabah dengan rawatan, pertanyaan boleh dibuat terus kepada pengurus Klinik Dr, Razin. Mereka amat membantu, mesra dan bersedia untuk memberi pandangan dan nasihat professional. Apa yang penting adalah kejayaan menyelamat anggota badan pesakit luka kencing manis adalah suatu yang berharga bagi pesakit dan ahli keluarga. Jangan tunggu luka kencing manis melarat, dapatkan rawatan luka kencing manis/diabetes dengan segera.. Time Is The Essence

LOKASI KLINIK DR. RAZIN ADALAH SEPERTI DIBAWAH






Saturday, July 11, 2009

klinik Kencing Manis /Diabetes di Kuala Terengganu

Masa jumpa dgn kawan ari tu dia, sambil sembang pasal unit trust  dia ada bercerita pasal mak mertua yang sakit kaki diabetes. Katanya kaki hingga dah berlubang tapi boleh pulih setelah menjalani rawatan di sebuah klinik di bangunan berhadapan Masjid Terapung. Saya akan update kemudian nama klinik tersebut. Katanya klinik tersebut sememangnya specialize penyakit kencing manis/ diabetes. Ipar sohok ada yang jadi nurse so memang sedarlah kalu rawatan di hospital kaki tu memang pasti akan diarah untuk potong.. mungkin kaki anda, mak anda, sedara atau kenalan anda boleh selamat disini.

KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS /DIABETES TERSEBUT ADALAH KLINIK DR, RAZIN YANG TERLETAK DI BUKIT PAYONG, TERENGGANU. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Related articles

Log pesakit diabetes / kencing manis

Tuesday, June 16, 2009

http://www.care4udm.com KLINIK PAKAR KENCING MANIS DIABETES

Klinik khas untuk rawatan luka pesakit kencing manis ini terletak di kawasan Chica Kota Bharu, Kelantan. Jika anda dari Bandar Pasir Puteh, klinik ini terletak di sebelah kiri jalan. Melalui jalan Pasir Puteh- Kota Bharu selepas simpang 4 pasir tumbuh iaitu berhampiran MRSM pasir tumbuh, anda akan melalui jambatan pasir tumbuh, Klinik Ziad disebelah kanan, stesen minyak Caltex disebelah kiri, Klinik Care 4uDM adalah terletak selepas barisan rumah kedai kayu. Bangunan klinik terletak agak jauh dari Jalan besar memberi ruang yang luas untuk kawasan meletak kereta. Petunjuk lain adalah papan tanda Rumah Rehat Tok Wan, yang terletak di belakang bangunan klinik. Bangunan adalah asalnya rumah berkembar, yang mana unit bersebelahan masih lagi didiami oleh sebuah keluarga. Klinik ini di asaskan oleh Prof. Dr. Aziz Ismail seorang Pakar Rawatan Luka Kencing Manis /Diabetes. Kaki ayah telah berjaya diselamatkan di klinik ini. Walaupun 3 jari kaki kanan terpaksa dibuang namun ia lebih baik dari dipotong satu kaki mengikut arahan hospital. Belum sempat untuk upload log rawatan ayah, namun maklumat berkenaan klinik alternatif ini amat penting untuk anda semua yang mesti saya maklumkan terlebih dahulu..

KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES INI SEKARANG (2020) TERLETAK DI KLINIK ZIAD, CHICA KUBANG KERIAN, KELANTAN


PETA LOKASI KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS /DIABETES; KLINIK ZIAD KOTA BHARU KELANTAN



Related articles


Ubat diabetes - air rebusan daun kemunting

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...