Klinik khas untuk rawatan luka pesakit kencing manis ini terletak di kawasan Chica Kota Bharu, Kelantan. Jika anda dari Bandar Pasir Puteh, klinik ini terletak di sebelah kiri jalan. Melalui jalan Pasir Puteh- Kota Bharu selepas simpang 4 pasir tumbuh iaitu berhampiran MRSM pasir tumbuh, anda akan melalui jambatan pasir tumbuh, Klinik Ziad disebelah kanan, stesen minyak Caltex disebelah kiri, Klinik Care 4uDM adalah terletak selepas barisan rumah kedai kayu. Bangunan klinik terletak agak jauh dari Jalan besar memberi ruang yang luas untuk kawasan meletak kereta. Petunjuk lain adalah papan tanda Rumah Rehat Tok Wan, yang terletak di belakang bangunan klinik. Bangunan adalah asalnya rumah berkembar, yang mana unit bersebelahan masih lagi didiami oleh sebuah keluarga. Klinik ini di asaskan oleh Prof. Dr. Aziz Ismail seorang Pakar Rawatan Luka Kencing Manis /Diabetes. Kaki ayah telah berjaya diselamatkan di klinik ini. Walaupun 3 jari kaki kanan terpaksa dibuang namun ia lebih baik dari dipotong satu kaki mengikut arahan hospital. Belum sempat untuk upload log rawatan ayah, namun maklumat berkenaan klinik alternatif ini amat penting untuk anda semua yang mesti saya maklumkan terlebih dahulu..
KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES INI SEKARANG (2020) TERLETAK DI KLINIK ZIAD, CHICA KUBANG KERIAN, KELANTAN
PETA LOKASI KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS /DIABETES; KLINIK ZIAD KOTA BHARU KELANTAN
Boleh encik beri no telefon klinik ini??
ReplyDeleteAssalamualaikum Doc
ReplyDeleteMinta no fon
ReplyDelete