Khasiat Manfaat Zafaran / Za'afaran atau Saffron Sebagai Ubat Penyakit Kencing Manis / Diabetes
Tambahan kepada post "healthy food for diabetes" yang menyenaraikan makanan bermanfaat untuk pesakit kencing manis. Satu lagi herba yang amat baik untuk pesakit kencing manis adalah zafaran. Nama Zafaran atau lebih tepat Za'afaran didalam bahasa Arab, juga dikenali dengan nama Saffron Crocus dalam bahasa Inggeris. Zafaran adalah herba yang mahal malah dipanggil sebagai herba emas. Herba zafaran adalah merupakan stigma bunga zafaran atau nama saintifiknya (Crocus Sativus). Stigma bunga zafaran yang kecil inilah dikumpul, samada diguna secara bentuk stigma asal atau diproses dalam bentuk serbuk, herba zafaran ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Dalam bentuk stigma asal harga zafaran adalah dalam RM15 untuk 10 gram (jika tidak salah saya) dan untuk 1kg harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Di negara timur tengah zafaran digunakan sebagai pewarna dan perisa di dalam masakan nasi beriani dan banyak lagi masakan lain. Antara manfaat kesihatan zafaran adalah untuk keadaan dibawah dan kesihatan tubuh keseluruhannya.
- Lumpuh seluruh angota
- Badan letih dan lesu
- Meringankan tubuh ketika bangun tidur
- Menyelesaikan masalah sakit urat
- Sakit Lutut atau sendi
- Darah Tinggi
- Mengawal kadar gula / kencing manis
- Penyakit Sendi
Khasiat dan Manfaat yang ingin dikongsi disini adalah kemampuannya penggunaan zafaran dalam mengawal kadar gula penyakit kencing manis / diabetes. Saya percaya Kajian Saintifik ke atas zafaran masih belum banyak dilakukan mungkin juga kerana zafaran tidak popular di negara barat malah di Malaysia dan Indonesia kegunaan zafaran untuk kesihatan tidak banyak diketahui. Hubungan zafaran dalam rawatan kencing manis adalah manfaatnya yang baik untuk darah. Zafaran dikenali sebagai pencuci darah (blood purifier), meningkatkan oksigen darah, mengurangkan asiditi darah, adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan manfaat ini juga adalah terbaik untuk pesakit kencing manis oleh kerana penyakit kencing manis itu sendiri adalah berkait rapat dengan kadar gula yang tinggi dalam darah. Kesan lanjut dari penyakit kencing manis ini dalam jangka masa lama adalah kerosakan buah pinggang, kerosakan salur darah dan seterusnya penyakit jantung koronari. Oleh itu apa herba lain yang elok untuk darah harus diamalkan oleh pesakit kencing manis seperti tongkat ali, misai kucing dan tunjuk langit. Herba zafaran juga amat baik untuk kesihatan buah pinggang dan merawat penyakit batu karang. Oleh itu amalan rawatan menggunakan zafaran ini amat baik di amalkan oleh pesakit kencing manis untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang dan jantung. Kesihatan buah pinggang terutamanya amat penting dalam mengawal penyakit kencing manis itu sendiri. Pesakit yang mula mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang akan lebih sukar dalam merawat / pulih dari luka, mengawal kadar gula dan menjejaskan kualiti darah yang boleh mengundang pula penyakit lain.
Saya telah berpeluang untuk menggunakan zafaran ini dan juga diguna oleh ayah yang mempunyai penyakit kencing manis dan juga diguna oleh ibu yang dah mula ada penyakit ghout. Apa yang dapat saya rasakan sendiri adalah peningkatan fitness dan pemulihan cepat otot dari aktiviti sukan. Sebelum ini jika lama tak berlari saya pasti akan merasa sakit otot peha selepas larian yang disebabkan asid lactic yang terkumpul dalam otot, namun setelah amalkan minum air zafaran ia tidak lagi berlaku, sesuatu yang saya anggap amat menakjubkan oleh kerana kesan sakit otot adalah sesuatu biasa dan pasti berlaku selepas sesuatu aktiviti fisikal.
Diperkenalkan oleh seorang ustaz yang memberi ceramah di pejabat dengan harga RM70 sebotol zafaran dalam bentuk serbuk, harga tersebut adalah amat murah dibandingkan harga di pasaran luar yang boleh mencapai RM120 sebotol.
Cara Penggunaan
Herba Zafaran dalam bentuk serbuk diguna dengan mencampurkan dengan air panas, lebih baik adalah air baru mendidih dengan suhu panas maksimun. Ini akan menjadikan airnya reningan menjadi lebih hijau dan pekat. 2 sudu kecil zafaran untuk satu gelas air dan diminum satu kali atau 2 kali sehari diwaktu pagi dan sebelum tidur. Sudu kecil ada disediakan bersama kotak bungkusan. Saya cadangkan tidak diminum serdak atau hampas didasar gelas dan jika masih sayang untuk dibuang boleh lah diletak air panas sekali lagi, air reningan kali kedua akan menjadi kurang hijau dan kurang pahit.
Khasiat dan Manfaat Lain Zafaran
Baik untuk sistem penghadaman -angin dan asid (detoxification), meningkat selera, sistem hati, asma, menstrual, arthritis, kemurungan, insomnia, mengurangkan suhu deman.
Related Article