CONTINUE YOUR SEARCH HERE

Continue Your Search Here!!!

CLICKS TO SUPPORT

Tuesday, May 3, 2011

Rawatan Ulat Untuk Merawat Luka Kencing Manis

Rawatan Ulat Untuk Merawat Luka Kencing Manis

Ini adalah alternatif terbaru dalam Rawatan Luka Kencing Manis iaitu dengan menggunakan ulat. Bukan sebarang ulat tetapi ulat yang telah di sterile dan di ternak dalam persekitaran yang terkawal untuk mengelak jangkitan kuman. Perkhidmatan ini juga bukan boleh diberi oleh sebarang pusat kesihatan kerana ia memerlukan kepakaran dan latihan yang khusus.  Bermula dengan kajian di Institute Medical Research IMR dan Hospital Kuala Lumpur HKL kaedah rawatan ini mula mendapat tempat dan meluas. Luka kencing manis adalah sukar untuk sembuh disebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah dan kerosakan urat saraf badan pesakit kencing manis. 

Berbanding dengan luka manusia normal yang mudah sembuh, luka pesakit kencing yang biasanya susah untuk sembuh malah mudah merebak kepada luka yang lebih besar dan dalam memerlukan penjagaan rapi dan kaedah rawatan yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan daging dan kulit, dan memastikan luka kencing manis boleh sembuh dengan sempurna. Tisu-tisu mati di sekitar luka perlu dibersihkan dan digunting supaya hanya tinggal tisu yang baik dan kemerahan untuk menggalakan pertumbuhan daging yang lebih cepat. Jika kaedah lama memerlukan penelitian manusia untuk membuang tisu-tisu ini yang mengambil masa dan tenaga jururawat (yang mana kualiti dan kadar penelitian sebegitu tidak mampu diberikan oleh pusat kesihatan kerajaan kecuali di pusat rawatan swasta yang berbayar dan mahal), namun kini telah ada kaedah rawatan terbaru iaitu dengan menggunakan ulat untuk membersih tisu mati (nikrotik) tersebut. 

Lanjutan daripada posting sebelum ini Rawatan Ulat Lalat Untuk Rawat Ulcer Diabetes, posting kali cuba menerangkan lebih lanjut berkenaan kaedah rawatan ulat untuk merawat luka kencing manis ini dan pusat kesihatan yang memberi rawatan tersebut. Terima kasih kepada En. Ghazali yang telah memberi maklumat lebih lanjut berkenaan rawatan ulat untuk merawat luka kencing manis. En Ghazali adalah seorang pengamal perubatan terlatih dalam memberi rawatan ulat ini. Beliau bekerja dengan Maggot Debridement Therapy ( Sterilarvae ) iaitu sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang telah membawa teknologi rawatan ini dari dari Jerman dan mempraktikkan di Malaysia. Beliau berkongsi pengalaman dan maklumat berkenaan rawatan ulat ni di blog http://rawatanlukadiabetis.blogspot.com/  Kaedah rawatan ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan ulat untuk merawat luka kencing manis ni boleh didapati di premis seperti alamat dan masa berikut:


STERILARVAE

Medical Biotheraphy Sdn Bhd
Maggot Debridement Therapy
( Pusat Terapi Maggot )

Waktu operasi  : Isnin - Jumaat    ( 8.30am - 5.30pm )
                         Sabtu                ( 8.30am - 12.30pm )

Alamat            : No 5, Jalan Sarikei Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.


Pejabat Pengurusan Medical Biotheraphy Sdn Bhd terletak di Sri Gombak manakala pusat rawatan adalah terletak di jalan Pahang berhadapan hospital tawakkal ( KPJ ). Syarikat ini juga melakukan rawatan rumah ke rumah (home service) bg mengurangkan beban pesakit.

En Ghazali boleh dihubungi di no telefon  012-4404352

Kaedah Rawatan Luka Kencing Manis


Sebelum memulakan rawatan pesakit perlu menandatangani borang persetujuan (consent form). Seterusnya saiz dan keadaan luka pesakit akan di nilai samada banyak  tisu nikrotik atau tidak, ini kerana ulat tersebut hanya membersihkan tisu-tisu mati sehingga luka tersebut merah keseluruhannya. Ulat-ulat ini menggunakan 2 taring kecil nya untuk mengikis tisu nikrotik ini lalu merembes air liurnya bertujuan menyedut balik nikrotik tisu yg dikikisnya tadi. Air liur ini juga dipercayai elok untuk pertumbuhan daging. Saiz luka juga menentukan berapa banyak jumlah ulat yang harus digunakan. Setelah luka dinilai, dressing dimulakan dengan memasang benteng di keliling luka tersebut, kemudian ulat akan diletakkan ke atas permukaan luka. Luka akan dibalut dan ulat akan dibiar itu melakukan kerja membersih tisu nikrotik selama 3hari. Rawatan ini akan diulang sehingga luka tersebut kelihantan merah sepenuhnya. Kebiasaanya, luka akan berubah menjadi kemerahan hanya dgn sekurangnya 5 kali rawatan ulat. Kos rawatan ini adalah  RM1 untuk seekor ulat. Jumlah kos keseluruhan adalah bergantung kepada saiz luka kencing manis. Rawatan ini juga di beri di Hospital Kuala Lumpur dengan kos lebih murah pastinya namun dengan jumlah pesakit yang ramai di HKL mungkin anda tidak mendapat kualiti perkhidmatan yang sama dengan pusat kesihatan swasta ini.


1 comment:

  1. Hi there, every time i used to check web site posts here early in the daylight, as i love to find
    out more and more.

    Also visit my website :: satiereal saffron extract

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails