Agak menjijikkan tapi sebenarnya amat bermanfaat. Dokumentari Majalah 3 semalam 3hb Julai 2010 berkenaan kaedah terbaru untuk merawat luka kaki diabetes memberi pendedahan dan memberi peluang baru / kaedah alternatif bagi pesakit diabetes dalam merawat luka/ulcer diabetes. Walaupun agak jijik dan pelik namun ia lebih baik dari menghadapi anggota badan di potong seperti kata salah seorang pesakit yang telah menerima rawatan tersebut.. Rawatan yang dipelopori oleh penyelidik di IMR (Institut of Medical Research Malaysia) dan Hospital Kuala Lumpur HKL ini telah terbukti mampu membantu dalam proeses rawatan ulcer kaki diabetes. Bagaimana ulat lalat ini membantu dalam proses rawatan kaki diabetes tersebut? ini caranya- luka seorang pesakit diabetes sukar sembuh disebabkan kerosakan saraf dan kadar gula yang tinggi dalam darah. Luka yang kecil bagi pesakit diabetes boleh merebak dan sukar sembuh. Ulat digunakan untuk memakan sel-sel mati ditempat luka dan ini akan mendedahkan sel-sel hidup dan menggalakkan pertumbuhan sel sel baru. Ulat-ulat terpilih akan diletakkan dalam kawasan luka pesakit diabetes, dibalut dan akan dibiarkan dalam masa 48jam. Pesakit dibenarkan balik ke rumah meneruskan rutin seperti biasa. Selepas 48jam pesakit akan kembali untuk proses memcuci luka dan penukaran ulat. Rawatan alternatif ini nampak menunjukkan keberkesanan berdasarkan keputusan rawatan ke atas pesakit pesakit yang telah menerima rawatan.Tentu ramai yang skeptical tentang bagaimana ulat yang selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang kotor dan busuk boleh membantu merawat luka / ulcer kaki diabetes? orang ramai tak perlu bimbang tentang jangkitan kerana setiap ulat yang digunakan dalam proses rawatan ini telah dipilih dan disterile bermula dari proses pemilihan telur lagi. Bukan sebarang jenis lalat yang boleh digunakan. Jenih lalat yang terpilih akan diternak di makmal IMR seterusnya proses bertelur, incubation dan penetasan telur adalah dilakukan dalam persekitaran yang terkawal. Namun rawatan ini masih lagi hanya available ni HKL. Tahniah kepada penyelidikdi IMR dan doktor pakar HKL seperti Dr. Harikrisha Ketua Unit Pengjagaan Kaki Diabetes.
selepas 6 kali sesi terapi ulat dan rawatan kebuk udara dalam masa 30 hari kaki pesakit menunjukan pemulihan yang amat ketara