Tuesday, June 16, 2009

http://www.care4udm.com KLINIK PAKAR KENCING MANIS DIABETES

Klinik khas untuk rawatan luka pesakit kencing manis ini terletak di kawasan Chica Kota Bharu, Kelantan. Jika anda dari Bandar Pasir Puteh, klinik ini terletak di sebelah kiri jalan. Melalui jalan Pasir Puteh- Kota Bharu selepas simpang 4 pasir tumbuh iaitu berhampiran MRSM pasir tumbuh, anda akan melalui jambatan pasir tumbuh, Klinik Ziad disebelah kanan, stesen minyak Caltex disebelah kiri, Klinik Care 4uDM adalah terletak selepas barisan rumah kedai kayu. Bangunan klinik terletak agak jauh dari Jalan besar memberi ruang yang luas untuk kawasan meletak kereta. Petunjuk lain adalah papan tanda Rumah Rehat Tok Wan, yang terletak di belakang bangunan klinik. Bangunan adalah asalnya rumah berkembar, yang mana unit bersebelahan masih lagi didiami oleh sebuah keluarga. Klinik ini di asaskan oleh Prof. Dr. Aziz Ismail seorang Pakar Rawatan Luka Kencing Manis /Diabetes. Kaki ayah telah berjaya diselamatkan di klinik ini. Walaupun 3 jari kaki kanan terpaksa dibuang namun ia lebih baik dari dipotong satu kaki mengikut arahan hospital. Belum sempat untuk upload log rawatan ayah, namun maklumat berkenaan klinik alternatif ini amat penting untuk anda semua yang mesti saya maklumkan terlebih dahulu..

KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS / DIABETES INI SEKARANG (2020) TERLETAK DI KLINIK ZIAD, CHICA KUBANG KERIAN, KELANTAN


PETA LOKASI KLINIK RAWATAN LUKA KENCING MANIS /DIABETES; KLINIK ZIAD KOTA BHARU KELANTAN



Related articles


Ubat diabetes - air rebusan daun kemunting

Amalan tradisi - Pembungkus Daun dan Upih Pinang

Sememangnya kita curious mengapa orang dulu dulu kurang penyakitnya berbanding masyarakat kita zaman sekarang. Ini sememang berkait rapat dengan amalan pemakanan dan tradisi orang dulu. Salah satu amalan yang saya rasa menyumbang kepada kesihatan orang dulu adalah membungkus nasi dalam upih pinang. Sesuatu yang tidak lagi menjadi amalan sekarang dengan kemunculan alat pembungkus plastik/polysterene dan kertas pembungkus, malah medium pembungkusan yang baru seperti polysterene dikatakan boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Seperti juga daun pisang, makanan panas yang dibungkus dengan daun pinang seperti kuih tradisi masyarakat pantai timur iaitu tepung bungkus atau nasi bungkus dengan upih pinang memberi aroma dan meninggalkan rasa yang unik pada makanan. Bukan sekadar aroma dan rasa, malah bahan pembungkus tradisi ini memberi khasiat tersendiri yang dikaitkan dengan perubatan dari bahan pokok pinang.

Related articles:

Klinik Pakar Kencing Manis

Air Cuci Luka Amalan Tradisional

Orang dulu-dulu tiada ubat atau air pencuci luka / matikan kuman seperti iodin atau evsol. Amalan tradisonal dalam merawat luka yang besar adalah mencuci luka dengan menggunakan air rebusan daun-daun yang kelat seperti daun jambu batu, senduduk, kemunting dan daun pokok ciku.

Related articles
Khasiat amalan tradisi membungkus dengan dauh/upih pinang

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...