Monday, January 31, 2011

Rawatan Luka Kencing Manis Guna Madu Lebah dan Propolis


Rawatan Luka Kencing Manis Guna Madu Lebah dan Propolis


Ini adalah rawatan tradisional , anda mungkin tidak menemui rawatan ini di Hospital Kerajaan, tetapi kajian telah banyak dijalankan oleh saintis tentang khasiat penggunaan madu lebah dan propolis. Madu lebah dan propolis mempunyai banyak khasiat. Apa yang ingin di tulis di sini secara khusus adalah rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis. Berdasarkan pengalaman semasa merawat luka kencing manis kaki ayah di klinik pakar kencing manis CARE4U di Kota Bharu, Doktor menggunakan propolis dalam rawatan luka kencing manis.

Apa itu propolis?
propolis diguna oleh lebah sebagai "sealant"
Saya pasti ramai yang telah jelas berkenaan madu lebah tetapi tahukah anda apa itu propolis? Propolis adalah bahan yang boleh didapati di bahagian luar tempat meyimpan madu di dalam sarang lebah. Propolis adalah lebih cair daripada madu dan berwarna lebih gelap  coklat dan kehitaman. Propolis adalah terhasil daripada kombinasi cecair pokok, pucuk dan bunga yang dikumpul oleh lebah. Fungsi propolis didalam sarang lebah adalah sebagai “disinfectant” atau sterile bagi menghapus kuman supaya bahagian dalam yang mengandungi madu dan tempat pembiakan bersih dan selamat.

Kajian yang dijalankan oleh saintis Itali 1  menunjukkan bahawa propolis mempunyai
sifat antiinflammatory, immunostimulatory, antiviral dan antibacterial. Anti-oxidant aktiviti di dalam propolis juga tinggi. Ia juga menunjukkan synergy dengan setengah antibiotik dan juga menunjukkan kualiti anti fungal. Kajian juga menunjukkan bahawa propolis berkesan untuk merawat jangkitan bahagian upper respiratory seperti batuk 2 / sakit tekak dan mengurangkan jumlah oral bacteria dan dental plaque 3. Sifat propolis yang antiinflammatory, immunostimulatory, antiviral dan antibacterial amat bermanfaat  dalam proses rawatan luka kencing manis menggunakan propolis dan juga madu. Propolis dititiskan / disapu di atas luka kencing manis di peringkat akhir cucian. Setelah luka kencing manis di bersihkan dengan ubat penghapus kuman seperti Evsol, boleh juga digunakan produk dettol, sel-sel mati dibuang sehingga daging kelihatan kemerahan,  propolis boleh dititiskan/sapu di atas luka sebelum luka kencing manis ditutup/dibalut.

Madu lebah pula hanya boleh digunakan untuk disapu ke atas luka yang telah menjadi kulit yang sempurna. Ia berkesan untuk menguatkan kulit dan menghalang jangkitan.  Madu lebah tidak boleh diguna ke atas luka kencing manis yang masih dalam peringkat penumbuhan semula daging.

Rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis ini amat bermanfaat dibandingkan dengan menggunakan ubat luka biasa seperti iodine, tambah lagi ia adalah natural dan tiada kesan sampingan. Namun harus diingat bahawa rawatan luka kencing manis guna madu lebah dan propolis ini hendaklah menggunakan madu lebah dan propolis yang asli tidak dicampur dengan bahan lain.
_____________
1-Russo A, Longo R, Vanella A. Department of Biochemistry, Medical Chemistry and Molecular Biology, University of Catania, V.le A. Doria 6, 95125, Catania, Italy. Fitoterapia. 2002 Nov;73 Suppl 1:S21-9. Antioxidant activity of propolis: role of caffeic acid phenethyl ester and galangin
2-Focht J, Hansen SH, Nielsen JV, van den Berg-Segers A, Riezler R. Bioscientia, Institute for Laboratory Medicine, Moers, Fed. Rep. of Germany, Arzneimittelforschung. 1993 Aug;43(8):921-3. Bactericidal effect of propolis in vitro against agents causing upper respiratory tract infections
3-Steinberg D, Kaine G, Gedalia I. Department of Oral Biology, Faculty of Dentistry, Hebrew University-Hadassah, Jerusalem, Israel. Am J Dent. 1996 Dec;9(6):236-9. Antibacterial effect of propolis and honey on oral bacteria
http://www.lifetimehealth.com/article-propolis-clinical_review.asp

Alat Pengukur Kadar Gula Darah

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS adalah alat pengukur darah yang paling banyak dijual di Malaysia. Bayer adalah jenama terkenal yang telah 60 tahun beroperasi. Jadi jaminan kualiti dan prestasi yang baik dari alat pengukur gula darah ini adalah dijamin. Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS terbaru dengan “No Coding” teknologi  mempermudahkan lagi penggunaannya. Teknologi No coding ini amat penting kerana kajian yang dilakukan menunjukkan hampir 16% pengguna alat pengukur gula darah tidak tahu keperluan untuk menukar kod bila kotak kertas ujian baru digunakan. Ini akan mengakibatkan kesilapan bacaan kadar gula darah boleh mencapai hingga 43%.

Saya tidak pernah menggunakan jenama lain alat pengukur gula darah, tetapi saya amat berpuashati dengan prestasi  alat pengukur gula darah Bayer Contour TS ini dalam mengawal kadar gula darah ayah. Ia amat mudah digunakan, malah ayah dapat melakukan ujian kadar gula darah sendiri.  Cara menggunakannya adalah pertama sekali memasukkan kertas ujian ke dalam Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS, ini akan menghidupkannya. Kedua, dengan menggunakan alat jarum suntikan untuk mengambil sampel darah.  Ketiga titiskan /letakkan  darah tersebut ke atas kertas ujian . Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS akan mengeluarkan bacaan kadar gula darah dengan cepat iaitu kurang dari 8 saat. Jumlah sampel darah yang diperlukan juga amat sedikit iaitu sebanyak 0.6 microlite (dengan kata mudah ia kurang dari setitis darah diperlukan). Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini juga mempunyai memori sebanyak 250 keputusan ujian untuk rujukan.

Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS ini berharga RM192 di pasaran. Saya telah membeli 1 set dengan harga RM180 selepas diskaun dari Zuq Pharmacy. Setiap set permulaan akan mengandungi:
  1. 1.       1 Alat Pengukur Kadar Gula Darah  Bayer Contour TS
  2. 2.       50 kertas ujian
  3. 3.       1 alat jarum suntikan
  4. 4.       25 jarum
  5. 5.       100 kapas sapuan
  6. 6.       Warranty seumur hidup

Kertas ujian boleh dibeli dengan harga RM80 untuk  2 botol, setiap botol mengandungi 25 keping kertas ujian kadar gula darah.

Saturday, October 16, 2010

Healthy Food For Diabetics

Healthy Food For Diabetics

Once you got diabetes, it is not an option to not control your food intake. It is ironic that diabetes which is related with obesity and eating lifestyle could also be control with  food, but certain special food which have unique natural ingredient in a way that make them healthy food for diabetics.


These are Healthy Food For Diabetics:


Bitter Gourd
Bitter gourd is a vegetable which naturally contain plant insulin. Juice of fresh bitter gourd, if consumed twice a day greatly helps in controlling the level of blood glucose. In Malaysia it is known as jering arab or peria katak.


Cinnamon
Spice famously link with Indian and South East Asia cuisine also have natural insulin. Other than normally used in food ingredient, its specific preparation for diabetes treatment is not scientifically known.
A study at the Human Nutrition Research Center in Beltsville, Maryland, found that if you use ½ teaspoon of cinnamon daily, it can make cells more sensitive to insulin. Therefore, the study says, the cells convert blood sugar to energy.

After 40 days of taking various amount of cinnamon extract, diabetics experienced not only lower blood sugar spikes after eating, but major improvements in signs of heart health. And you can sprinkle cinnamon on just about anything.



Saffron


Saffron flower (Crocus Sativus) has long been cultivated and used for various purposes since medieval time. Its stigma is the most beneficial part which is used as spice in culinary and have various health benefit too. Saffron has health benefits and ability to control blood sugar level for diabetes patient.  This also related to its ability to be as blood purifier and anti-inflammatory. Saffron as blood purifier also helps in increasing the oxygen content of the blood thereby aiding in the overall health.  This health benefit of saffron is very crucial to diabetes patients in which their sugar rich blood is bad for blood vessel, nerve and kidney. In long term the high blood sugar level condition will damaging nerve in organs that will eventually lead to kidney failure, deteriorating vision, blood vessel and heart damage. Maintaining good blood ph is important for our health and well being which Saffron is beneficial in treating blood acidity, thus would help in relieving inflammation of arthritis along with providing relief from joint pains. Saffron  health benefit to diabetes patient not exhausted in controlling blood sugar level but also to ensure overall well being and important organ health which usually affected by diabetes. Saffron is cultivated in Spain, Middle East, Kashmir and Iran is the main producer with more than 80% of world’s production. Saffron in Arabic is known as Zafaran or Za'afaran








Gymnema Sylvester
Gymnema Sylvester is an ayuvedic herb. Indian expert strongly recommend the diabetics to consume around 4gm of Gymnema Sylvester daily

Jamun Seed
Powder of Jamun seed if consumed with honey daily  could reverse the diabetic condition

Raw Garlic
Raw Garlic is most commonly used spice, consuming raw garlic helps to lower down the level of blood glucose.

Fenugreek
Fenugreek is an Indian herb. It has been clinically proven that consumption of 3gm fenugreek daily could helps diabetec control diabetes's sympton.

Amla
Amla juice mixed with bitter gourd juice helps prevent dangerous spike of blood glucose level.. High blod glucose level will lead to various diabetic complications.

Neem Leaves
A handful of neem seeds are healthy for diabetics

Vinegar
Vinegar has the ability to drastically  reduce the formation of spike in blood glucose level.



More Articles
herba penawar diabetes paling mujarab
What is Diabetes
Healthy Lifestyle - Go Hiking

Monday, August 2, 2010

Diabetes Meningkat Di Malaysia

Professor Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir dari Universiti Kebangsaan Malaysia memberi amaran bahawa lebih banyak rakyat Malaysia akan menghidapi Diabetes! Menurut beliau penyakit diabetes atau kencing manis ini telah meningkat dengan mendadak di Malaysia dan memberi peringatan kepada semua, samada persediaan mencukupi untuk menghadapi situasi ini.

Di Malaysia statistik menunjukkan hanya 4 peratus penduduk menghidapi diabetes pada tahun 1984 dan 6.5 peratus pada tahun 1990, melonjak kepada 20 peratus dalam tahun 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 250 peratus dalam masa 20 tahun! Tambah Dr Khalid lagi bahawa seorang dalam tujuh rakyat Malaysia sekarang adalah pengidap Diabetes. Lebih membimbangkan lebih ramai penduduk berumur dibawah 45 tahun mengidap diabetes, ini bermakna penyakit diabetes / kencing manis bukan lagi penyakit esklusif oarng tua, orang muda sekarang juga tidak terkecuali malah makin ramai yang mengidap diabetes / kencing manis ini. Malah Orang Asli pun sekarang ada yang mengidap Diabetes! ini dapat dilihat dikalangan Orang Asli yang telah meninggalkan kehidupan sebagai pemburu dan peneroka hasil hutan kepada menjalani kehidupan di pusat penempatan baru Orang Asli. Ye la Orang Asli pun dah pandai makan gula sekarang..

Dalam isu yang berkaitan , merujuk kepada kajian "National Health and Morbidity Survey 2006"/ NHMS 2006 menunjukkan data bahawa 14.9% rakyat Malaysia mengidap Diabetes, 42.6% mengidap penyakit Darah Tinggi, 29.1% melebihi berat badan sihat dan 14.4% adalah gemuk / obesiti.

Gaya hidup tidak sihat menjadi punca utama peningkatan ini, memang dah tahu pun kan? namun perubahan gaya hidup moden kini yang memperkenalkan kita cara pemakanan segera dan diproses, perubahan ekonomi, tekanan hidup dan pekerjaan /profession baru hanya lebih menyusahkan kita untuk mengamalkan cara hidup sihat. Itu semua menjadi halangan, tetapi yang penting dalah kemahuan dan disiplin untuk amalkan cara hidup sihat aktif.. betul kannnn

 Sumber : http://www.nst.com.my/nst/articles/15bet/Article#ixzz0vSGUPYbd




KUALA LUMPUR: Holding high positions in the public and private sectors comes with a price -- diabetes.



The National Health and Morbidity Survey 2006 revealed that the national prevalence of diabetes among senior officers and managers was 15.9 per cent, the second highest after the unemployed (16.1 per cent).


Housewives ranked third with 14.2 per cent followed by those under the technical and associates category (12.1 per cent), machine operators and assemblers (11.7 per cent), services and shop workers (10.7 per cent) and professionals (10 per cent).


Universiti Kebangsaan Malaysia's Emeritus Professor Datuk Dr Khalid Abdul Kadir said there was a "diabetic explosion" in Malaysia and wondered whether enough was being done to stop it.


He said an example could be seen among the Malays in Tanjung Karang, Selangor.


The prevalence was four per cent in 1984 and 6.5 per cent in 1990. Two years ago, it shot up to 20 per cent.


In Malaysia, the prevalence of the disease was one to two per cent in 1960, 6.3 per cent in 1985, 8.3 per cent in 1996 and 14.9 per cent in 2006. In just 20 years, it has increased to 250 per cent.


Dr Khalid said one in seven adults in Malaysia was a diabetic.


The NHMS 2006 revealed that 14.9 per cent of Malaysians were diabetic, 42.6 per cent were hypertensive, 29.1 per cent were overweight and 14.4 per cent were obese.


"The worrying trend is that more people below the age of 45 are getting diabetes," said Dr Khalid, who is also a professor of medicine at Monash University.


He said with modernisation and economic progress, there would be an explosion of "metabolic catastrophe" in Asia, including Malaysia, due to obesity, hypertension and diabetes.


In 1990, he said the prevalence of obesity and diabetes among the Orang Asli, the hunter-gatherers in the jungle fringes of Pahang or in settlements at Carey Islands and Ulu Langat outside Kuala Lumpur was zero. But over the years, the Institute for Medical Research found that five per cent of the resettled Orang Asli had diabetes.


Dr Khalid attributed the growing number of diabetic cases to the lack of physical activity and excess calories accumulation as one ages.


"As the population ages, we are going to see more people with diabetes," he said, adding that diabetes, hypertension and obesity seldom killed a person but they contributed to heart diseases.


He said the problem could only be overcome through lifestyle modifications, such as weight loss, regular physical activity and dietary changes. He added that the time had come to create awareness of the disease among Malaysians.


Read more: Diabetes hits top ranks http://www.nst.com.my/nst/articles/15bet/Article#ixzz0vSGUPYbd

Saturday, July 31, 2010

Rawatan Diabetes

Genap setahun setelah rawatan diabetes pembedahan kaki di klinik Care 4 U pada bulan April 2009. Pemulihan memang cepat dalam masa sebulan dua selepas pembedahan. Namun semuanya bergantung kepada kadar penjagaan yang rapi. Selepas 2-3 bulan selepas rawatan diebetes (pembedahan) bila dah boleh berjalan kita mula lah ambik mudah  dari segi pengjagaan makanan, gula, ubat dan sebagainya. Namun Alhamdulillah genap setahun setelah rawatan diabetes tersebut kaki ayah telah pulih sepenuhnya biarpun tidak lagi seperti dulu namun kesan dari pembedahan rawatan diabetes telah pulih sepenuhnya.



Related Articles
Log Pesakit Selepas Pembedahan Rawatan Diabetes

Saturday, July 10, 2010

Rawatan Ulat Lalat Untuk Rawat Ulcer Diabetes

Agak menjijikkan tapi sebenarnya amat bermanfaat. Dokumentari Majalah 3 semalam 3hb Julai 2010 berkenaan  kaedah terbaru untuk merawat luka kaki diabetes memberi pendedahan dan memberi peluang baru / kaedah alternatif bagi pesakit diabetes dalam merawat luka/ulcer diabetes. Walaupun agak jijik dan pelik namun ia lebih baik dari menghadapi anggota badan di potong seperti kata salah seorang pesakit yang telah menerima rawatan tersebut.. Rawatan yang dipelopori oleh penyelidik di IMR (Institut of Medical Research Malaysia) dan Hospital Kuala Lumpur HKL ini telah terbukti mampu membantu dalam proeses rawatan ulcer kaki diabetes. Bagaimana ulat lalat ini membantu dalam proses rawatan kaki diabetes tersebut? ini caranya- luka seorang pesakit diabetes sukar sembuh disebabkan kerosakan saraf dan kadar gula yang tinggi dalam darah. Luka yang kecil bagi pesakit diabetes boleh merebak dan sukar sembuh. Ulat digunakan untuk memakan sel-sel mati ditempat luka dan ini akan mendedahkan sel-sel hidup dan menggalakkan pertumbuhan sel sel baru. Ulat-ulat terpilih akan diletakkan dalam kawasan luka pesakit diabetes, dibalut dan akan dibiarkan dalam masa 48jam. Pesakit dibenarkan balik ke rumah meneruskan rutin seperti biasa. Selepas 48jam pesakit akan kembali untuk proses memcuci luka dan penukaran ulat. Rawatan alternatif ini nampak menunjukkan keberkesanan berdasarkan keputusan rawatan ke atas pesakit pesakit yang telah menerima rawatan.Tentu ramai yang skeptical tentang bagaimana ulat yang selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang kotor dan busuk boleh membantu merawat luka / ulcer kaki diabetes? orang ramai tak perlu bimbang tentang jangkitan kerana setiap ulat yang digunakan dalam proses rawatan ini telah dipilih dan disterile bermula dari proses pemilihan telur lagi. Bukan sebarang jenis lalat yang boleh digunakan. Jenih lalat yang terpilih akan diternak di makmal IMR seterusnya proses bertelur, incubation dan penetasan telur adalah dilakukan dalam persekitaran yang terkawal. Namun rawatan ini masih lagi hanya available ni HKL. Tahniah kepada penyelidikdi IMR dan doktor pakar HKL seperti Dr. Harikrisha Ketua Unit Pengjagaan Kaki Diabetes.

selepas 6 kali sesi terapi ulat dan rawatan kebuk udara dalam masa 30 hari kaki pesakit menunjukan pemulihan yang amat ketara

Wednesday, May 26, 2010

Ubat Natural Diabetes

Pagi ini semasa bertugas, saya berjumpa dengan seorang pelanggan yang juga seorang pesakit diabetes / kencing manis selama lebih 30 tahun. Beliau iaitu En. Yau telah disahkan sebagai pesakit diabetes / kencing manis sejak berumur 20an. Apa yang menarik adalah pengetahuan dan disiplin En. Yau dalam mengawal penyakit beliau samada secara diet atau ubatan. Beliau memang tak lokek berkongsi pengetahuan tentang mengawal penyakit kencing manis. Salah satu amalan beliau adalah memakan sejenis daun secara mentah, terkejut jugak beliau dengan  susah payah sudi untuk membawa dan memberi anak pokok tersebut pada saya. Beliau sendiri tidak tahu nama pokok tersebut. Saya mencuba makan sehelai daun tersebut dapati ia rasa sedikit pahit / payau..
Siapa pembaca yang tahu nama pokok ini boleh lah bagitahu saya.. harap anak pokok ni dapat tumbuh dengan baik..



Related articles

Arabic Gum ubat yang perlu diambil pesakit kencing manis / diabetes

 Arabic Gum adalah makanan kesihatan semulajadi dari negara timur tengah yang baik untuk pesakit kencing manis / diabetes. Bukan kerana ia a...